07 Mei 2008

Apa Masalahnya???

Muda mudi akhir zaman ini penuh dengan kebobrokan sosial. Kita tengok saja di mana-mana pemuda-pemudi berpleseran tanpa ada tujuan dengan pelbagai gaya, wanita dengan baju yang tidak cukup benangnya, seluar ketatnya, gaya rambutnya yang pelbagai fesyen dan warna. Pemudanya pula dengan gaya trojannya, subang yang mengalahkan kaum wanita. Tidak cukup ditelinga disangkutnya pada lidah, bibir, kulit mata dan mana-mana saja yang mereka suka. Yang sangat mengecewakan 90% ialah masyarakat Melayu islam. Mana peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka ini, mereka tidak sedarkah yang berlaku pada anak-anak mereka. Kalau sibuk macam manapun luangkan sedidit masa bersama anak-anak, jangan kerana duit, harta, sehinggakan harta kita yang paling berharga iaitu anak-anak jadi sampah masyarakat. Kalaulah ditakdirkan anak-anak kita ini masuk neraka nauzubilah kitapun akan terikut sama. Dan alangkah bahagianya kita kalau anak-anak kita ini jadi anak yang soleh, boleh mendamaikan kita di dalam kubur apabila kita menghadap Allah nanti kerana doa-doa dari mereka.

Bahasa Melayukah? Bahasa Inggeris?

Pelaksanaan matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah menimbulkan pelbagai presepsi masyarakat. Ada yang menyokong dengan alasan akan memudah murid-murid menguasai bahasa inggeris kerana bahasa inggeris merupakan bahasa antara bangsa yang mesti dikuasai oleh semua pihak. Tapi tidak kurang pula yang membantah dengan alasan akan menyukarkan murid-murid menguasai atau memahami subjek tersebut. Bagi golongan pendidik lebih kurang sama juga ada yang menyokong dan ada yang membantah. Yang menyokong mungkin kerana insentif yang akan diberikan atau akan memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris mereka. Bagi yang membantah mungkin kerana menjadi satu bebanan kepada mereka kerana terpaksa bercakap dalam bahasa inggeris kerana mereka sendiri tidak reti bercakap dalam bahasa inggeris. Tapi apapun reaksi, golongan yang tidak suka terpaksa mengikut perintah walaupun ada mungkin yang terpaksa dalam rela. Persoalannya adakah patut diteruskan, kerana ada pihak yang mahu ia patut dikembalikan kepada yang asal. Masyarakatpun keliru BAHASA MELAYUKAH? BAHASA INGGERIS?????????????????

Kota Belud Jelapang Padi Kedua Negara

Kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2004, memberi nafas baru kepada penduduk negeri Sabah umumnya dan daerah Kota Belud khasnya. Begitu juga apabila sekali lagi BN menang besar pada pilihanraya umum baru-baru ini, ini membuktikan bahawa penduduk negeri Sabah mempunyai keyakinan yang besar terhadap kerajaan BN. Dengan diterajui oleh BN banyak pembangunan yang akan dilaksanakan apa lagi dengan pelancaran SDC oleh PM. Salah satu projek pembangunan yang dinyatakan adalah menjadikan daerah Kota Belud Sebagai jelapang padi kedua negara selepas negeri Kedah. Tapi sampai sekarang ura-ura itu masih belum kelihatan walaupun telah diumumkam sebelum PRU12, yang kelihatan sekarang adalah kawasan sawah yang luas itu seakan-akan sebuah lautan luas yang baru wujud apabila tiba musim hujan. Dan ini jelas kelihatan sewaktu hujan yang berlaku baru-baru ini. Tapi rasanya kerajaan BN sudah maklumkan akan hal ini dan mungkin sedang dalam rangka melaksanakan apa yang telah dirancang sebelum ini. Harapan penduduk negeri Sabah terutamanya penduduk Kota Belud adalah sangat besar dan mereka mahukan rancangan ini akan menjadi kenyataan dan dapat disaksikan oleh mata kasar mereka. Itulah harapan yang mesti dilaksanakan.