21 Mei 2008

UMNO Di Landa Tsunami Lagi

Kejayaan Parti Pembangkang menawan lima buah negeri dalam PRU12 baru-baru ini memberi tamparan hebat kepada BN seolah-olah BN dilanda Tsunami. Tidak cukup dengan kekalahan itu satu lagi satu lagi tamparan yang hebat terpaksa dihadapai oleh BN seterusnya UMNO berikutan pengumuman Tun DR. Mahathir keluar dari keahlian UMNO. Berikutan dengan pengumuman Tun itu satu lagi masalah yang besar telah dihadapi oleh BN untuk menawan hati rakyat dalam kekalutan yang sedang melanda negara sekarang ini iaitu krisis kenaikan harga beras yang mesti ditangani dengan segera. Kerajaan harus memandang serius perkara ini kerana dengan tindakan Tun keluar dari UMNO tidak mustahil ada ahli UMNO yang lain akan mengikut langkah beliau kerana walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan tapi beliau masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan ahli UMNO yang lain. Begitu juga dengan krisis kenaikan harga beras, masalah ini harus ditangani dengan segera kerana jika masalah tidak dapat diselesaikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan hilang kerana mereka menganggap kerajaan tidak bijak menangani masalah rakyat, dan tidak mustahil Tsunami yang lebih dahsyat pasti akan berlaku pada PRU13 nanti apabila rakyat berpakat untuk mengundi parti pembangkang. susah atau senang kerajaan mesti menyelesaikan masalah ini walaupun ini adalah masalah global. Berikutan dengan tindakan Tun keluar dari UMNO ini sedikit sebanyak telah memberi peluang yang terbaik kepada pihak pembangkang untuk merealisasikan cita-cita mereka untuk menubuhkan kerajaan sekiranya ada ahli UMNO dan BN yang mengikut langkah Tun keluar dari UMNO. Yang pasti pihak pembangkang sedang bergembira dengan tindakan Tun ini ditambah lagi dengan permintaan Sabah dan Sarawak yang mahukan mereka diberi peranan yang lebih dalam kabinet persekutuan. Oleh itu teguhkan Barisan jangan sampai pihak pembangkang dapat membolosinya.

10 Mei 2008

PTK Relevenkah Tidak?

Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan awam adalah bertujuan untuk menggalakkan kakitangan awam mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Ini merupakan cadangan yang baik dan boleh diterima umum. Tapi selain itu PTK juga bertujuan untuk dijadikan batu loncatan kepada kakitangan awam untuk dinaikkan pangkat bagi yang mencapai keputusan yang tetapkan. Jika keadaan ini diambil kira, saya rasa pelaksanaan PTK tidak releven kerana ia akan meminggirkan kakitangan yang tidak mencapai tahap yang disyaratkan terutama bagi mereka yang telah berkhidmat. Sebenarnya banyak lagi cara lain boleh digunakan untuk syarat kenaikan pangkat seseorang kakitangan awam. Tempoh perkhidmatan dan sumbangan itu rasanya yang paling penting untuk syarat kenaikan pangkat.Permintaan CEUPAC baru-baru untuk menghapuskan PTK harus diambil kira. Walaupun kerajaan secara umumnya telah mempertimbangkannya tapi keputusannya belum diketahui lagi. Jadi diharapkan apa keputusan yang akan diambil nanti biarlah adil dan boleh diterima.

08 Mei 2008

Sudah Hilangkah Nilai Kemanusiaan Kita

Manusia ialah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah yang dikurniakan nafsu dan akal yang tidak ada pada malaikat dan binatang. Manusia akan dapat mengatasi malaikat sekiranya menggunakan akal dengan sebaik-baiknya tapi jika akal disalahgunakan manusia lebih teruk dari binatang. Dunia akhir zaman ini kita sering terdengar bayi dibuang ke dalam tong sampah, ke dalam semak, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Sungguh mendukacitakan mana hilangnya nilai kemanusiaan kita, harimau yang begitu garangpun tidak berkelakuan seperti manusia yang mempunyai akal untuk berfikir. Ingat kita sebagai umat manusia jangan jadikan diri kita teruk seperti binatang. Jangan kerana perbuatan kita, bayi yang tidak tahu apa jadi mangsa kejahilan manusia, jangan jadikan makhluk manusia seperti sampah yang boleh dibuang di mana saja yang kita suka. Kalau terlanjur bertaubatlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka selagi matahari tidak terbit dari barat.

Gambar Kursus Mesra-Saga DiBTPN Penampang (03-05/4/2008)

Mesra-Saga bermaksud Membimbing Sesama Rakan - Smart Action Golden Achievement (Bertindak secara bijaksana dan berhikmah bagi mencapai hasil terbaik)yan bermotokan "Diriku Umpama Air yang Jernih. Kursus ini telah dihadiri oleh 90% warga SM.Teknik Kudat dan dapat dijalankan dengan jayanya. Pelbagai ilmu dapat dimanfaatkan dengan bimbingan seorang kaunselor berdaftar yang berpengalaman. Harapan Warga SM.Teknik Kudat kursus seumpama ini akan terus diadakan pada masa-masa yang akan datang.

07 Mei 2008

Apa Masalahnya???

Muda mudi akhir zaman ini penuh dengan kebobrokan sosial. Kita tengok saja di mana-mana pemuda-pemudi berpleseran tanpa ada tujuan dengan pelbagai gaya, wanita dengan baju yang tidak cukup benangnya, seluar ketatnya, gaya rambutnya yang pelbagai fesyen dan warna. Pemudanya pula dengan gaya trojannya, subang yang mengalahkan kaum wanita. Tidak cukup ditelinga disangkutnya pada lidah, bibir, kulit mata dan mana-mana saja yang mereka suka. Yang sangat mengecewakan 90% ialah masyarakat Melayu islam. Mana peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka ini, mereka tidak sedarkah yang berlaku pada anak-anak mereka. Kalau sibuk macam manapun luangkan sedidit masa bersama anak-anak, jangan kerana duit, harta, sehinggakan harta kita yang paling berharga iaitu anak-anak jadi sampah masyarakat. Kalaulah ditakdirkan anak-anak kita ini masuk neraka nauzubilah kitapun akan terikut sama. Dan alangkah bahagianya kita kalau anak-anak kita ini jadi anak yang soleh, boleh mendamaikan kita di dalam kubur apabila kita menghadap Allah nanti kerana doa-doa dari mereka.

Bahasa Melayukah? Bahasa Inggeris?

Pelaksanaan matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah menimbulkan pelbagai presepsi masyarakat. Ada yang menyokong dengan alasan akan memudah murid-murid menguasai bahasa inggeris kerana bahasa inggeris merupakan bahasa antara bangsa yang mesti dikuasai oleh semua pihak. Tapi tidak kurang pula yang membantah dengan alasan akan menyukarkan murid-murid menguasai atau memahami subjek tersebut. Bagi golongan pendidik lebih kurang sama juga ada yang menyokong dan ada yang membantah. Yang menyokong mungkin kerana insentif yang akan diberikan atau akan memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris mereka. Bagi yang membantah mungkin kerana menjadi satu bebanan kepada mereka kerana terpaksa bercakap dalam bahasa inggeris kerana mereka sendiri tidak reti bercakap dalam bahasa inggeris. Tapi apapun reaksi, golongan yang tidak suka terpaksa mengikut perintah walaupun ada mungkin yang terpaksa dalam rela. Persoalannya adakah patut diteruskan, kerana ada pihak yang mahu ia patut dikembalikan kepada yang asal. Masyarakatpun keliru BAHASA MELAYUKAH? BAHASA INGGERIS?????????????????

Kota Belud Jelapang Padi Kedua Negara

Kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2004, memberi nafas baru kepada penduduk negeri Sabah umumnya dan daerah Kota Belud khasnya. Begitu juga apabila sekali lagi BN menang besar pada pilihanraya umum baru-baru ini, ini membuktikan bahawa penduduk negeri Sabah mempunyai keyakinan yang besar terhadap kerajaan BN. Dengan diterajui oleh BN banyak pembangunan yang akan dilaksanakan apa lagi dengan pelancaran SDC oleh PM. Salah satu projek pembangunan yang dinyatakan adalah menjadikan daerah Kota Belud Sebagai jelapang padi kedua negara selepas negeri Kedah. Tapi sampai sekarang ura-ura itu masih belum kelihatan walaupun telah diumumkam sebelum PRU12, yang kelihatan sekarang adalah kawasan sawah yang luas itu seakan-akan sebuah lautan luas yang baru wujud apabila tiba musim hujan. Dan ini jelas kelihatan sewaktu hujan yang berlaku baru-baru ini. Tapi rasanya kerajaan BN sudah maklumkan akan hal ini dan mungkin sedang dalam rangka melaksanakan apa yang telah dirancang sebelum ini. Harapan penduduk negeri Sabah terutamanya penduduk Kota Belud adalah sangat besar dan mereka mahukan rancangan ini akan menjadi kenyataan dan dapat disaksikan oleh mata kasar mereka. Itulah harapan yang mesti dilaksanakan.