07 Mei 2008

Apa Masalahnya???

Muda mudi akhir zaman ini penuh dengan kebobrokan sosial. Kita tengok saja di mana-mana pemuda-pemudi berpleseran tanpa ada tujuan dengan pelbagai gaya, wanita dengan baju yang tidak cukup benangnya, seluar ketatnya, gaya rambutnya yang pelbagai fesyen dan warna. Pemudanya pula dengan gaya trojannya, subang yang mengalahkan kaum wanita. Tidak cukup ditelinga disangkutnya pada lidah, bibir, kulit mata dan mana-mana saja yang mereka suka. Yang sangat mengecewakan 90% ialah masyarakat Melayu islam. Mana peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka ini, mereka tidak sedarkah yang berlaku pada anak-anak mereka. Kalau sibuk macam manapun luangkan sedidit masa bersama anak-anak, jangan kerana duit, harta, sehinggakan harta kita yang paling berharga iaitu anak-anak jadi sampah masyarakat. Kalaulah ditakdirkan anak-anak kita ini masuk neraka nauzubilah kitapun akan terikut sama. Dan alangkah bahagianya kita kalau anak-anak kita ini jadi anak yang soleh, boleh mendamaikan kita di dalam kubur apabila kita menghadap Allah nanti kerana doa-doa dari mereka.

Tiada ulasan: