07 Mei 2008
Kota Belud Jelapang Padi Kedua Negara
Kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2004, memberi nafas baru kepada penduduk negeri Sabah umumnya dan daerah Kota Belud khasnya. Begitu juga apabila sekali lagi BN menang besar pada pilihanraya umum baru-baru ini, ini membuktikan bahawa penduduk negeri Sabah mempunyai keyakinan yang besar terhadap kerajaan BN. Dengan diterajui oleh BN banyak pembangunan yang akan dilaksanakan apa lagi dengan pelancaran SDC oleh PM. Salah satu projek pembangunan yang dinyatakan adalah menjadikan daerah Kota Belud Sebagai jelapang padi kedua negara selepas negeri Kedah. Tapi sampai sekarang ura-ura itu masih belum kelihatan walaupun telah diumumkam sebelum PRU12, yang kelihatan sekarang adalah kawasan sawah yang luas itu seakan-akan sebuah lautan luas yang baru wujud apabila tiba musim hujan. Dan ini jelas kelihatan sewaktu hujan yang berlaku baru-baru ini. Tapi rasanya kerajaan BN sudah maklumkan akan hal ini dan mungkin sedang dalam rangka melaksanakan apa yang telah dirancang sebelum ini. Harapan penduduk negeri Sabah terutamanya penduduk Kota Belud adalah sangat besar dan mereka mahukan rancangan ini akan menjadi kenyataan dan dapat disaksikan oleh mata kasar mereka. Itulah harapan yang mesti dilaksanakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan